![]() |
| Ning memang stres giler ... |
cikgunizamtrg
UMUM:Berkongsi informasi dalam medan pendidikan dan rutin harian. KHUSUS:Tip dan panduan subjek Bahasa Melayu.
Wednesday, 24 October 2012
Stres
Assalamualaikum
WBT.
Menjelang
penghujung musim persekolahan 2012, kesibukan pasti menghantui aku sebagai
salah seorang keluarga pendidikan. Situasi yang agak sibuk dan tugasan yang
dipertanggungjawabkan di sekolah telah memberi impak terhadap tahap kawalan
konflik dan stres aku menyebabkan berlaku mirip distress. Dalam hal ini distress
merujuk kepada stres yang menimbulkan implikasi negatif seperti ditimpa musibah
atau kesulitan.
Labels:
Kesihatan
Wednesday, 17 October 2012
Baru vs Baharu
Assalamualaikum WBT.
Apakah perbezaan antara 'baru' dengan 'baharu'?
Bagaimanakah contoh penggunaannya?
Adakah sama antara 'baru' dengan 'baharu'?
Ketiga-tiga soalan ini menggambarkan betapa kaya dan fleksibel bahasa Melayu@bahasa Malaysia. Berdasarkan akhbar sisipan Berita Harian iaitu Klik DBP yang diterbitkan pada 16 Mei 2005 di halaman 2 ada diperjelas fungsi dan penggunaan kata 'baru' dengan 'baharu'. Berikut aku perturunkan semula secara bentuk poin.
Apakah perbezaan antara 'baru' dengan 'baharu'?
Bagaimanakah contoh penggunaannya?
Adakah sama antara 'baru' dengan 'baharu'?
Ketiga-tiga soalan ini menggambarkan betapa kaya dan fleksibel bahasa Melayu@bahasa Malaysia. Berdasarkan akhbar sisipan Berita Harian iaitu Klik DBP yang diterbitkan pada 16 Mei 2005 di halaman 2 ada diperjelas fungsi dan penggunaan kata 'baru' dengan 'baharu'. Berikut aku perturunkan semula secara bentuk poin.
Labels:
Tatabahasa
Tuesday, 16 October 2012
Sindrom Ponteng Lepas UPSR & PMR
Assalamualaikum WBT.
![]() |
| "Betapa hebat aku dapat ponteng dengan geng aku" |
Setelah murid-murid tahun 6
menyambut ‘Hari Kemerdekaan UPSR’ pada 15 September 2012 baru-baru ini, tidak
dapat dinafikan bahawa masalah ponteng sekolah sentiasa menghantui institusi
pendidikan terutamanya institusi persekolahan yang merangkumi sekolah rendah
dan menengah. Bagi sekolah menengah, fenomena ini berlaku dalam kalangan
pelajar tingkatan 3 yang selesai menduduki PMR. Oleh yang demikian, masalah
ponteng sekolah bukan merupakan satu isu yang timbul begitu sahaja. Sebaliknya,
gejala ini terpendam dan dapat diketengahkan serta dicetuskan pada bila-bila
masa yang dikehendaki. Di Malaysia,
guru-guru dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk memantau, mengawas dan
seterusnya menangani murid-murid yang terlibat dengan gejala ponteng.
Labels:
Pendidikan
Sunday, 14 October 2012
Kewajaran Penggunaan Bahan Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Assalamualaikum WBT.
![]() |
| Pejuang Kesusasteraan Melayu yang Dahagi |
Labels:
Bahasa Melayu
Amalan Pemakanan yang Ideal ...
Assalamualaikum WBT.
“Hai, sekalian manusia! Makanlah yang halal lagi baik daripada
apa-apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah
syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang nyata bagimu.”
(Al-Baqarah:
168)
![]() |
| Makan atau kedarah? |
Berasaskan ayat al-Quran di atas, satu
elemen penting yang menunjangi konsep gaya hidup sihat ialah aspek pemakanan berpaksikan kehalalan
dan kualiti tinggi makanan tersebut yang berkaitan dengan makanan seimbang dan
piramid makanan. Kedua-dua hal ini perlu diambil kira dalam kehidupan seharian
dan seterusnya membentuk perspektif tentang gaya hidup sihat. Di samping itu,
daripada ayat di atas, satu lagi aspek yang penting ialah penghindaran diri
daripada tabiat yang buruk dan berbahaya (jejak langkah syaitan) seperti
merokok, penyalahgunaan dadah, dan pengambilan alkohol. Sehubungan itu,
berkaitan dengan larangan mengikuti jejak langkah syaitan ialah penjagaan
kebersihan diri yang merangkumi kebersihan tubuh badan dan peralatan peribadi.
Selain itu, antara komponen lain yang membentuk gaya hidup sihat ialah senaman
atau aktiviti fizikal. Justeru, kegagalan menitikberatkan senaman serta makanan
seimbang mungkin mengakibatkan penyakit kanser, jantung,
diabetes dan darah tinggi.
Labels:
Kesihatan
Thursday, 11 October 2012
The Importance of Thinking Outside The Box
Assalamualaikum WBT
Sudah lama aku tidak berinteraksi dalam blog ini lantaran kesibukan dengan urusan peribadi dan pekerjaan. Alhamdulillah, nampaknya kesibukan yang menghimpit aku mulai beransur reda. Pada kali ini aku ingin persembahkan hasil penulisan yang julung-julung kali aku hasilkan dalam bahasa Inggeris. Hasil penulisan ini aku hasilkan untuk menyempurnakan tugasan bagi subjek English for Oral Communication OUMH 1303. Memang akui ada banyak kesalahan tatabahasa. Tapi hanya ini yang mampu aku hasilkan.
Sudah lama aku tidak berinteraksi dalam blog ini lantaran kesibukan dengan urusan peribadi dan pekerjaan. Alhamdulillah, nampaknya kesibukan yang menghimpit aku mulai beransur reda. Pada kali ini aku ingin persembahkan hasil penulisan yang julung-julung kali aku hasilkan dalam bahasa Inggeris. Hasil penulisan ini aku hasilkan untuk menyempurnakan tugasan bagi subjek English for Oral Communication OUMH 1303. Memang akui ada banyak kesalahan tatabahasa. Tapi hanya ini yang mampu aku hasilkan.
TOPIC :
The importance of thinking outside the box.
1. Introduction
According to Wikipedia, the free encyclopedia, the catchphrase of
“Thinking
outside the box” is referring looking at a problem from a new perspective
without preconceptions, sometimes called a process of lateral
thought. The catchphrase has become widely used in management either in business to create to
advertising slogans or in education such as allowing the students to discover
their own new experiences.
Based on my conclusion, based on the catchphrase, “Thinking outside the box” means any activities to think critically
to develop problem-solving skills whereas to develop independence of person.
Labels:
Pendidikan
Wednesday, 7 December 2011
Sejarah Kemerdekaan Negara Signifikan dengan Kontrak Sosial
![]() |
| Gambar Hiasan |
Menjelang tahun baharu 2012, pada kali ini aku ingin berkongsi maklumat tentang permuafakatan politik antara kaum (Kontrak Sosial) yang merupakan salah satu prasyarat oleh penjajah British untuk memberikan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Namun demikian, hal ini (Kontrak Sosial) dipandang sepi oleh generasi pascakemerdekaan dan seolah-olah hanya omongan kosong atau fantasi generasi prakemerdekaan. Lantaran itu, pelbagai spekulasi dan persepsi yang semberono diuar-uarkan dalam pelbagai media sama ada oleh orang Melayu itu sendiri Cina atau India yang agak kabur tentang sejarah Persekutuan Tanah Melayu terutamanya generasi pascakemerdekaan dan segelintir generasi prakemerdekaan. Mungkin kedapatan beberapa isu dalam nota aku ini agak melencong dan tersasar daripada realiti. Oleh itu, aku harapkan semoga korang sama-sama tolong betulkan agar yang melencong dapat diperbetul.
Rangkuman nota aku kali ini meliputi tentang komposisi kaum di Tanah Melayu pada abad ke-20, definisi Kontrak Sosial, pihak-pihak dan tokoh-tokoh yang membentuk Kontrak Sosial, perkara-perkara utama dalam Kontrak Sosial yang merangkumi kedudukan Raja Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan, hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan rasional pemilihan perkara-perkara dalam Kontrak Sosial.
Labels:
Sejarah
Subscribe to:
Posts (Atom)




