![]() |
Ning memang stres giler ... |
Kesimpulannya, stres yang aku hadapi lebih dominan berpunca daripada suasana sosial; orang di sekeliling mampu menyebabkan stres, iaitu yang melambakkan pelbagai tugasan untuk diselesaikan. Jika dirujuk pada laman web http://www. myhealth.gov.my, aku dapat mengenal pasti serangan stres melalui beberapa simpton, seperti degupan jantung meningkat dan mengalami perasaan negatif seperti keresahan, kebimbangan, ketakutan atau kemarahan serta mengalami masalah tidur. Oleh hal yang demikian, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menguruskan stres.
Cara mengurus
dan menangani stres
Menonton siaran kartun atau rancangan sitkom
yang berbentuk komedi di televisyen bagi melupakan seketika permasalahan yang
memungkinkan stres.
Melakukan aktiviti menarik nafas dalam-dalam,
kemudian menahan nafas seketika dan menghembuskan perlahan-lahan dalam keadaan
duduk bersila.
Lazimnya ketika di sekolah, aku menggunakan
unsur jenaka bersama-sama rakan sekerja dan kepada murid-murid ketika untuk menghadapi stres.
Terkadang aku meluahkan konflik yang terbuku
di fikiran dan berbincang dengan isteri bagi meredakan stres yang menghimpit.
Perbincangan yang kami jalankan jika dirujuk pada hukum syarak lebih kepada
aktiviti mengumpat; memperkatakan sesuatu yang benar-benar terjadi.
Menunaikan solat dan berdoa kepada Allah
Taala untuk meredakan dan mengendalikan stres dengan cara yang terbaik tanpa
menjejaskan sesiapa.
Menurut pakar berdasarkan laman web http://www.kkk.org.my, ada dinyatakan bahawa pergerakan badan yang terjadi ketika berjalan kaki laju juga
sebenarnya dapat membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan yang
mengakibatkan stres. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat penenang yang
harus diambil secara rutin. Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan
perasaan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.
Dalam Islam dianjurkan agar umatnya membaca al-Quran dan menaakul
kebesaran dan nikmat yang dikurniakan Allah SWT. Teknik yang demikian ada
dinyatakan dalam laman web http://www.sinergifitness.com iaitu Rasulullah SAW menyuruh kaum Muslim untuk
membaca dan merenungkan ayat-ayat al-Quran, iaitu ayat Kursi. Sebagaimana
diketahui, ayat-ayat tersebut banyak membicarakan tentang keagungan dan
keindahan sifat-sifat Tuhan, dan hal ini akan memberikan kesan yang mendalam
serta kuat di fikiran kita.
Merenungkan
sifat-sifat ketuhanan tersebut akan membersihkan dan mempertingkatkan rohani
serta mendapat perlindungan Allah SWT.
Pada laman web http://brotherfaiz.tripod.com ada saranan
daripada Rasulullah agar
umat Islam selalu berdoa dan berzikir dalam apa-apa jua keadaan demi mendapatkan
rahmat dan keberkatan hidup daripada Allah SWT. Hal ini juga dihasratkan untuk
mengelakkan daripada terjadinya gangguan-gangguan makhluk-makhluk seperti jin
dan syaitan yang memungkinkan stres.
![]() |
Gambar Hiasan |
Berdasarkan
laman web http://www.myhealth.gov.my,
ada disarankan beberapa langkah dan teknik cara untuk menangani stres. Antaranya adalah dengan menarik nafas
dan menahan pernafasan diri serta mengurangkan pergerakan atau berdiam diri
untuk mengurangkan degupan jantung.
Dengan melegakan otot-otot serta mengalihkan pemikiran negatif dan
tidak rasional kepada yang lebih positif dan membina. Selain itu, adalah dengan
menumpukan perhatian kepada perkara yang positif dan menggunakan jenaka untuk
memulihkan perasaan stres.
Di samping itu, boleh juga dijalankan pengubahsuaian tempat
persekitaran diri dan melibatkan diri dengan aktiviti yang menyeronokkan serta
mengenal pasti masalah dan mencari jalan penyelesaiannya.
Terdapat
beberapa cara lain untuk mengurus dan menangani stres jika dirujuk pada laman
web http://kumpulan.info, yang
dipaparkan dalam jadual di bawah.
Cara
|
Keterangan
|
Berhenti
mengeluh
|
Fikiran akan semakin tertekan dan tugasan tidak
dapat diselesaikan apabila seseorang itu terus menerus hanya mengeluh.
Fikirkan secara nilai positif dengan menganggap beban tugasan sebagai satu
cara pembelajaran. Selain itu, fikirkan sesuatu yang menarik selepas tugasan
itu diselesaikan seperti memperoleh penghargaan daripada orang lain.
|
Tentukan keutamaan
|
Lazimnya, semua tugasan tidak dapat dibereskan
sekali gus. Justeru, tentukan tugasan
mana perlu didahulukan dan diselesaikan. Abaikan memikirkan tugasan lain
kerana akan membuat penumpuan terganggu dan tugasan lebih lambat untuk
diselesaikan.
|
Bertenang dan berehat
|
Waktu rehat digunakan secara optimum untuk
bersantai. Bertenang dan berehat dengan tidur selama 15 minit. Hal ini dapat
menjadikan tubuh dan fikiran seseorang itu lebih segar dan bertenaga.
|
Makan makanan berzat
|
Jangan lupa untuk menilai pemakanan agar berzat
dan berkhasiat. Zat yang mencukupi dapat membuat tubuh lebih sihat dan
bersemangat. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
|
Bercuti
|
Tatkala sangat penat, sebaik-baiknya pergi
bercuti. Gunakan cuti dengan mengunjungi tempat-tempat yang disukai seperti
ke pantai. Sebaik-baiknya, pergi bercuti ke tempat-tempat itu bersama-sama
ahli keluarga.
|
Ubah Suai Sumber : http://kumpulan.info
No comments:
Post a Comment