Wednesday 16 November 2011

Cikgu Pro vs Cikgu Cap Ayam

Assalamualaikum WBT.
Kalimah guru; ada orang kata "cikgu", "pendidik", "murabbi", "teacher", "sir", "ustaz", "ustazah", "pengajar" dan yang sewaktu dengannya tugasnya mendidik murid-murid. Aku sebagai seorang guru, kadang-kala prestasi aku macam yoyo; ada masa bersemangat ada kalanya merudum macam pasaran saham. Aku pun malu kediri (malu akan diri sendiri) terhadap prestasi aku sendiri. Insya-Allah aku sedaya upaya nak upgrade: tambah nilai prestasi bak yoyo ini. 

Tentu korang pun sedia maklum kata "pro" iaitu singkatan bagi profesional. Manakala "cap ayam" bukan sardin Cap Ayam, tetapi guru yang tidak profesional dan bermasalah serta penimbul masalah. Kendatipun begitu, kali ini aku nak bercerita dua kategori sahaja mengenai guru yang aku dapatkan daripada member yang berikan iaitu seperti di bawah. Sebagai penjawat awam atau swasta, atau ahli sesuatu organisasi atau apa-apa pun bolehlah dijadikan jadual di bawah sebagai penanda aras, refleksi atau muhasabah kendiri. Harap maaf kalau ada jarum yang patah, harap maaf kalau ada silap dan salah.
Cikgu Pro
Cikgu Cap Ayam
Mula kerja awal pagi.
Mula kerja setelah loceng berbunyi.
Sedia bergerak awal pagi.
Sudah pun letih pada awal pagi.
Mengurus dengan merancang.
Mengurus dengan krisis.
Ada perancangan dan matlamat.
Ada pelbagai alasan.
Berpakaian secara professional.
Berpakaian selekeh, serebeh, semereh.
Guna waktu luang sebagai waktu bekerja.
Guna waktu luang untuk mengumpat dan mengeji pekerjaan.
Gemar ikuti latihan kerana meningkatkan perkembangan keprofesionalan.
Kritik tentang latihan serta hairan bin ajaib sebab latihan diperlukan.
Dalam mesyuarat, suka duduk di tempat dapat belajar.
Dalam mesyuarat, suka duduk di tepi pintu dan terceruk.
Cari perkara-perkara untuk dipuji.
Cari perkara-perkara untuk dikomen dan dikritik.
Berusaha mencari punca sesuatu tidak berjalan.
Salahkan orang lain apabila sesuatu tidak berjalan.
Sedia membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Sering bertanya, “Apakah yang patut saya buat?”
Lihat pihak pengurusan sebagai rakan kongsi dalam pendidikan.
Lihat pihak pengurusan sebagai tempat melepaskan geram.
Melanggan dan membaca jurnal profesional dan keagamaan.
Berfikir bahawa jurnal profesional dan keagamaan sebagai membazirkan wang.
Memperoleh penghormatan setiap hari.
Merungut kerana tidak mendapat penghormatan.
Buat yang terbaik.
Buat apa-apa orang lain buat.
Kembang suburkan kerjaya.
Bimbang tentang kerja sendiri.

No comments:

Post a Comment